Blogger Backgrounds


Friday, September 16, 2011

cintan jer? eps 2

setahun sblm....

"awak awak.....awk suke sy x? hehe" sham menyoal zarina slumber.
" errr..." zarina tersipu.
" sy tanya ina ni....ina syg sham x?" soal sham kembali.
" sayang la...knp sham? "
" sudi tak lau kte..................." balas sham lantas tersenyum. membuat zarina semakin xkeruan.

.....................-------------------------....................................

zarina menagis lagi saat teringat kenangannya. kenapa berakhir seperti ini syg? gumam zarina. terlalu kecewa dirinya tika itu. jelas kedukaannya. Akan selamanya kah ak menangisi pemergian mu?

..............................sham...........................................
hati aku bagai pecah jatuh berderai ke bumi saat aku cuba melihat matanya. berkaca menanti untuk mengalir. aku mengalihkan pandangan aku ke arah pantai di hadapan aku, cuba menyembunyikan sedalam-salamnya perasaan sebenar aku. aku tau, aku perlu kuat, supaya dia boleh jadi kuat. aku perlu menjadi tegas dengan keputusan aku kali ini. walau hati aku sebenarnya berkocak menuntut keinginannya. namun, masih, akal jua yang akan aku menangkan.aku melihat wajahnya sekali lagi. dan demi tuhan, kau lah belahan jiwa aku selama ini.sekarang aku tahu apa rasanya berperang dengan diri sendiri. bercinta dengan kau, meletakkan aku di atas satu batu yang tinggi. membuat aku , terperangkap, dan terperangkap, dan terus terperangkap. ke kanan aku jatuh, ke kiri aku turut jatuh. 'b, sham dah buat keputusan untuk lepaskan b, selama-lamanya. maafkan sham, sham cuma.. ," "sham cuma apa? sham ada orang lain kan? sebab tu sham nak tinggalkan b. siapa yang buat sham macam ni ni? "aku sudah dapat meneka apa yang dia akan katakan. memang dia, mencurigai aku setiap masa. tapi , masih, dia juga yang aku agungkan. bukan aku tidak pernah menerangkan pada dia keadaan sebenar.memang sejak cinta ini berputik masalah ini sudah timbul. cuma aku dan dia.. memejamkan sebelah mata untuk membaja cinta kami, supaya subur mekar.

aku cuba menyentuh tangannya, dan menarik dia untuk mengisi kekosongan bangku di sebelah aku. dia menarik keras, tidak mahu beranjak sedikit pun, tanpa mahu menoleh kepada aku yang telah dan sangat tersiksa dengan takdir tuhan yang satu ini. keadaan sudah jadi seperti ini, : dia mahu aku memahami keadaanya yang terseksa kerana aku akan meninggalkan dia sebentar lagi. dan aku, aku mahu dia memahami keadaan aku yang selama ini mengendong cinta terhalang. sama-sama mahukan dua perkara berbeza. dan jelas, perjumpaan malam ini sebenarnya tidak akan membuahkan hasil. kerana aku dan dia memang terkenal dengan keras kepala.

aku tidak peduli. hati aku menjadi sangat sakit dituduh curang. kali ini, aku nekad. aku perlu mengakhiri segalanya. aku perlu meninggalkan dia. aku mengangkat kaki aku pergi dari situ. tanpa menoleh padanya, aku mendengar tangisan perpisahan berlagu dalam hati sendiri. tapi aku tahu, dia, tidak akan berhenti di situ. dia, masih akan menagih cinta aku, walau seribu kata noktah aku letakkan. maaf kan sham sayang.....

...................................sambung..........................................

No comments:

Post a Comment